Kebiasaannya kita menggunakan ciri imbasan pada pencetak untuk mengubah data dari kertas ke dalam bentuk dokumen digital seperti PDF. Namun begitu, kadangkala kita mungkin berada di tempat yang tidak mempunyai sebarang kelengkapan tersebut dan mahukan data dalam format PDF secepat yang mungkin, salah satu cara yang boleh dilakukan adalah dengan menggunakan Google Drive. Selain berfungsi…
Kategori: Utama
Xiaomi Mi 9T Pro Kini Rasmi Di Malaysia, Harga Jualan RM1599 Dan RM1799
Melengkapkan lagi penawaran dalam siri Mi 9 dalam negara, Xiaomi Malaysia hari ini rasmi mengumumkan ketibaan sebuah lagi peranti yang dinantikan ramai untuk pasaran tempatan. Diperkenalkan terlebih dahulu sebagai Redmi K20 Pro di China, versi tersebut dijenamakan semula untuk pasaran global sebagai Mi 9T Pro. Dari segi rekaan, ia hadir sama seperti Mi 9T dengan…
Binaan Seperti Peranti Bangsawan Tapi Dijual Pada Harga Pertengahan
Dalam penghasilan telefon pintar, setiap inci peranti datang dengan kos yang tertentu dan tidak hairanlah model kelas atasan dijual pada harga yang agak keras. Nak barang baik luar dalam, kenalah bayar lebih sikit. Ada juga peranti dengan spesifikasi tinggi dijual pada harga yang murah, tetapi luarannya tampak sugul dan tiada daya penarik. Ada pula peranti…
Realme 5 Dan Realme 5 Pro Diperkenalkan, Mempertaruhkan 4 Kamera
Seperti yang telah dijadualkan, Realme akhirnya mengumumkan secara rasmi siri realme 5 yang membawakan dua model untuk bersaing dalam pasaran. Mempertaruhkan tetapan 4 kamera, Realme 5 dan Realme 5 Pro dibezakan pada beberapa bahagian spesifikasi. Realme 5 Versi standard ini hadir dengan skrin paparan 6.5 inci HD+ (720 x 1600p) dengan nisbah paparan 20:9. Menguasakan…
Telefon Pintar Atau Komputer Anda Dipenuhi Dengan Notifikasi Dari Google Chrome? Ini Cara Untuk Hentikannya
Google Chrome merupakan antara pelayar yang popular digunakan pada komputer mahupun telefon pintar. Ia menyediakan pelbagai ciri untuk memudahkan pengguna termasuklah notifikasi dari laman web. Anda mungkin memberi kebenaran (sengaja atau tidak sengaja) kepada laman tersebut untuk menghantar notifikasi. Ciri ini berguna tetapi jika terlalu banyak dan kerap notifikasi yang masuk boleh membuatkan kita rimas….
Windows Ada Dua Kelemahan Kritikal, Microsoft Menggesa Pengguna Kemaskini Secepat Mungkin
Microsoft kini memberi amaran kepada pengguna Windows 10 supaya mengemaskini sistem operasi mereka secepat yang mungkin disebabkan terdapatnya dua kelemahan kritikal remote code execution (RCE) “wormable”sedang dialami pada Remote Desktop Services. Beberapa hari lalu, Microsoft telah melepaskan kemaskini tampalan untuk membaiki kelemahan yang dikatakan mampu disebarkan penggodam tanpa perlu sebarang tindakan daripada pengguna, mirip seperti…