Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

USB4 V2.0 Diperlihat, Jalur Data Sehingga 80Gbps

Posted on Oktober 21, 2022

USB Implementers Forum (USB-IF) telah membuat satu pengumuman mengenai spesifikasi piawaian yang terbaharu iaitu USB4 V2 di mana membenarkan ciri USB 80Gbps ke dalam kabel USB Type-C. Piawaian yang telah dikemas kini ini menaikkan tahap maksimum amaun penjalur lebar yang telah ditetapkan hingga dua kali ganda. Ia akan menyumbang kepada paparan yang lebih berkualiti tinggi, storan serta hab dan limbungan.

USB4 V2 beroperasi setinggi 80Gbps di mana lebih tinggi berbanding USB Type-C yang sedia ada (40Gbps). Konfigurasi USB Type-C mampu menghantar data sehingga 120Gbps sehala sambil mengekalkan 40Gbps pada hala yang lain.

Piawaian ini juga berkebolehan untuk mengemas kini data dan paparan protokol dengan lebih baik melalui penjalur lebar yang tersedia. Malah, USB4 V2 juga mengaktifkan Enhanced Superspeed USB di mana data sempadan mampu melebihi 20Gbps. Ianya bersepadan dengan DisplayPort Revision dan PCI Express Revision 4.

Thunderbolt telah memilih untuk menggunakan USB4 V2 sebagai piawaian. Thunderbolt telah berkembang dari masa ke masa hingga intergrasi pengawalnya kini kelihatan dalam beberapa pemprosesan laptop yang berkualiti tinggi. Oleh disebabkan itu, Thunderbolt menjadikan piawaian ini sebagai sebuah ciri yang menarik untuk pemprosesan yang berkenaan. Ianya untuk memastikan pempropesan akan sentiasa membekalkan kuasa yang mencukupi kepada pengguna.

Aspek-aspek seperti had penghantaran kuasa (Thunderbolt 3/4 mampu menyokong sehingga 15W) akan dijelaskan pada masa akan datang. Buat masa ini, Intel tidak menyediakan apa-apa lagi maklumat berkait dengan pelancarannya.

Sumber: AnandTach.

Gambar: AnandTech.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress