Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Usain Bolt Didakwa Jadi Mangsa ‘Scam’, Lebih RM54 Juta Lesap Dari Akaun

Posted on Januari 20, 2023Januari 20, 2023

Usain Bolt kini dilaporkan telah menjadi mangsa penipuan firma pelaburan swasta di Jamaica selepas lebih $12.7 juta (~RM54.5 juta) hilang dari akaun pelaburannya.

{suggest}

Ketika ini, penguatkuasa undang-undang Jamaica telah dimaklumkan mengenai dakwaan penipuan di firma pelaburan Stocks & Securities Ltd (SSL) pada 11 Januari, yang menjejaskan akaun milik Bolt dan lain-lain.

Linton Gordon, peguam pemenang pingat emas Olimpik lapan kali itu mendakwa semakan akaun awal bulan ini memperlihatkan baki yang tinggal sekitar $12,000 (~RM51,498).

Gordon juga berkata bahawa Bolt yang bersara daripada olahraga pada 2017, akan mempertimbangkan tindakan undang-undang jika dana itu tidak dipulihkan.

Ejen Bolt, Ricky Simms, turut mengesahkan bahawa siasatan terhadap dakwaan aktiviti penipuan di SSL sedang dijalankan, tetapi menyatakan bahawa beliau tidak dapat mengesahkan angka sebenar kehilangan wang dari akaun Bolt.

Sementara itu, melalui laporan Reuters, SSL mengeluarkan kenyataan pada 12 Januari yang mengatakan pihaknya telah menyedari aktiviti penipuan oleh bekas pekerja dan merujuk perkara itu kepada penguatkuasaan undang-undang.

Sumber: CNN Sports

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress