Disebabkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan, Pos Malaysia hari ini mengumumkan bahawa semua urusniaga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ditangguhkan sepanjang tempoh ini yang bermula 15 Jun 2021 sehingga diberitahu kelak.

Walaupun begitu, pembaharuan insurans kenderaan atau urusniaga lain masih lagi boleh dibuat di pejabat pos serta dalam talian seperti biasa.

Oleh yang demikian, bagi anda yang ingin memperbaharui lesen dan sebagainya yang berkaitan dengan JPJ di pejabat pos, ia tidak dapat dilakukan.

Baca juga – Cara Perbaharui Lesen Memandu Secara Dalam Talian

Sumber: Pos Malaysia