Samsung merupakan antara pengeluar yang banyak melancarkan telefon pintar pada tahun ini. Terbaru, Samsung dilaporkan merancang untuk mengemaskini sejumlah 90 peranti di mana lebih separuh darinya dilancarkan pada tahun ini.
Pengguna Twitter @TheGalox_, telah memuatnaik senarai peranti Samsung yang dijangka akan menerima kemas kini One UI 3.0 berasaskan Android 11.
These are the 90 Samsung devices getting One Ui 3: pic.twitter.com/OCDq9vG6sc
— Anthony (@TheGalox_) November 8, 2020
Antara yang tersenarai termasuk siri Galaxy S20, Galaxy Note 20, Galaxy S20 FE, Galaxy Fold, Galaxy Z Flip dan sebagainya.
Peranti bagi kelas permulaan seperti Galaxy A01 serta kelas pertengahan termasuk Galaxy A40, Galaxy A30, Galaxy A80, Galaxy A51 dan pelbagai peranti dari siri M turut tersenarai.
Bagaimanapun, buat masa ini Samsung masih belum mengeluarkan pengumuman rasmi bagi senarai peranti yang akan menerima kemas kini tersebut.
Sumber: GizmoChina