Mungkin akan dilancarkan pada 6 September ini.
Apple Inc. telah mengesahkan mereka akan memperkenalkan model terbari barisan iPhone 2019 mereka pada 10 September ini. Kini terdapat pula ura-ura mendakwa peranti pintar Samsung Galaxy Fold akan dilancarkan semula beberapa hari lebih awal dari acara istimewa Apple itu.
Menurut laporan Yonhap, Samsung Galaxy Fold akan dilancarkan semula pada 6 September ini di pameran IFA Consumer Electronic Unlimited di Berlin.
Samsung Galaxy Fold telah pun diperkenalkan pada bulan Februari lalu. Manakala pelancaranjualannya pula sepatutnya dibuat sekitar bulan April. Namun begitu kerana disebabkan oleh timbulnya masalah pada skrinnya itu telah menyebabkan Samsung menangguhkan pelancarannya ke tarikh yang masih belum ditetapkan.
Samsung sebelum ini menyatakan bahawa mereka telah pun berjaya menyelesaikan isu skrin Galaxy Fold dan ura-ura mendakwa Samsung akan melancarkannya semula pada tahun ini juga.
Sumber: Pocket-lint