Menurut laporan daripada peniris maklumat yang dipercayai, OnePlus kini dilaporkan merancang untuk memperkenalkan model OnePlus Pro dalam siri peranti andalan akan datang sebagai OnePlus 11. Ini bermakna, berbanding OnePlus 11 Pro, ia akan dikenali sebagai OnePlus 11 sahaja.
{suggest}
Dinyatakan, sekurang-kurangnya tiada model Pro yang akan dilancarkan pada suku pertama 2023. Bagaimanapun, model tanpa “Pro” itu dikhabarkan akan hadir dengan spesifikasi yang sama seperti model Pro, di mana hanya nama sahaja yang tidak diletakkan “Pro”.
Recently heard same from my sources… https://t.co/d9MlOxtFW8
— Steve H.McFly (@OnLeaks) October 17, 2022
Jika maklumat ini benar, OnePlus mungkin sedang mengkaji semula cara untuk memperkemas siri andalan itu. Tambahan pula, sejak siri OnePlus 8 diperkenalkan, pilihan versi asas dalam siri tersebut dikatakan seolah-olah wujud hanya semata-mata untuk meningkatkan jualan model Pro sahaja.
Gambar utama: Onleaks
Sumber: GSMArena