Laporan mengenai Apple yang ingin membangunkan kereta sendiri Apple Car kini bukan lagi menjadi rahsia. Sebelum ini banyak sumber dan laporan termasuk Ming-Chi Kuo mengatakan ia akan diperkenalkan sekitar tahun 2023-2025.

Namun, kini terdapat laporan bahawa ia akan dilancarkan seawal September 2021 kelak.

Mengikut laporan dari Economic Daily News, Apple kini sedang menguji beberapa puluh prototaip kereta di jalan raya di California.

Pada tahun 2017, Apple telah menerima kebenaran untuk menguji kenderaan swapandu dan pada tahun sama juga mereka telah menguji perisian pandu melalui Lexus yang dipasang kelengkapan LiDAR.

Menurut Macrumors, Economic Daily News sebelum ini pernah mempunyai laporan yang bercanggah dengan perkara sebenar. Jadi, buat masa ini, perihal pelancaran Apple Car pada September 2021 masih berstatus ura-ura sahaja.

Sumber: Economic Daily News melalui Macrumors