Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Universiti AI Pertama Di Dunia Rai 52 Graduan Sulung

Posted on Februari 9, 2023

Di majlis konvokesyen pertama yang bersejarah di UAE pada 30 Januari 2023, Mohamed bin Zayed University of Artificial Intelligence (MBZUAI) telah meraikan 52 orang mahasiswanya dari 24 buah negara yang menerima ijazah pasca siswazah dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI) utama iaitu visi komputer dan pembelajaran mesin.

Semasa berlangsungnya majlis konvokesyen itu, seramai 63% daripada kelas sulung tersebut telah berjaya mengesahkan diri untuk mendapat pekerjaan, penempatan untuk pengajian Ph.D., latihan berbayar atau syarikat pemula.

91% daripada mereka akan tinggal di UAE. Siswazah wanita pula mewakili kira-kira 35% daripada jumlah kelas tersebut.

MBZUAI ialah sebuah universiti siswazah penyelidikan yang memberi tumpuan kepada AI, sains komputer dan teknologi digital dalam pelbagai sektor perindustrian. Universiti ini bermatlamat untuk memperkasakan para pelajar, perniagaan dan kerajaan untuk memajukan AI sebagai kuasa global bagi kemajuan yang positif.

Ia ditubuhkan pada tahun 2019 dahulu dengan misi untuk memanfaatkan kuasa kecerdasan buatan bagi mempercepat kemajuan global.

{suggest}

Sumber: Media MBZUAI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress