Seperti sedia maklum, kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. Dengan pelaksanaan tersebut, rakyat Malaysia diminta untuk berada di rumah jika tiada keperluan penting.
Well… Kenapa perlu layan movie channels sahaja bila boleh dapat semua? YES. You heard it right. S.E.M.U.A dan SEMUA itu adalah ON US! š
Khas buat semua yang diligently practising #socialdistancing at home, kami berikan anda… (On us) SEMUA channels di unifi TV dari
— unifi (@unifi) March 18, 2020
Sehubungan dengan itu, Telekom Malaysia tidak ketinggalan untuk menawarkan akses semua saluran Unifi TV secara percuma. Semua pelanggan Unifi dengan langganan residential broadband akan menerima akses percuma bagi seluruh saluran bermula hari ini sehingga 31 Mac 2020. Saluran tersebut termasuk National Geographic, tvN, Fox Movies, dan banyak lagi.
Sebelum ini, Astro terlebih dahulu telah mengumumkan kesemua pelanggan akan menikmati tontonan percuma untuk seluruh saluranĀ bermula 18 Mac sehingga 31 Mac ini. Bagi pelanggan dengan pek langganan Astro Sport, akses percuma semua saluran (tidak termasuk tayangan pay-per-view dan acara) ditawarkan sehingga 30 April 2020.