Syarikat pengeluar motosikal elektrik dari India, Ultraviolette Automotive mengambil peluang di di Pameran Motosikal dan Aksesori Antarabangsa 2023 (EICMA) dengan menayangkan motosikal elektrik berprestasi terbaru keluaran mereka, F99.

F99 menghamburkan kuasa maksimum 120 hp dan mampu mencapai kelajuan maksimum 265 km/j serta mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 3 saat sahaja.
Tidak banyak info tentang F99 ini didedahkan buat masa ini tetapi ia dijadualkan tiba di pasaran menjelang 2025.
https://www.facebook.com/photo/?fbid=668492228723480&set=a.513296540909717
Ketika ini, Ultraviolette Automotive sudah pun bersedia untuk membuka tempahan ke atas satu lagi model motosikal elektrik keluaran mereka iaitu F77.
F77 mampu menjana kuasa sehingga 40hp dan tork setinggi 100 Nm serta mampu bergerak sejauh 307 km.

Hadir dalam 3 varian iaitu Shadow, Laser dan Astrike, F77 boleh ditempah pada harga INR380,000 (~RM21,470) mulai 15 November di laman web rasmi Ultraviolette. Manakala pengedaran motosikal ini pula akan bermula pada suku kedua tahun 2024 nanti.
{suggest}
Sumber: EICMA, Ultraviolette Automotive