Pada Mac yang lepas, OnePlus telah mengumumkan OnePlus 9R untuk pasaran India. Baru-baru ini, syarikat itu mengumumkan OnePlus 9R akan dilancarkan di China pada 15 April 2021.

Terkini, OnePlus secara rasmi mengumumkan Ultraman Tiga sebagai duta produk bagi OnePlus 9R. Menurut OnePlus, sebagai siri yang memberikan pengaruh kepada kanak-kanak, “cahaya” ditafsirkan sama seperti produk berkualiti tinggi yang akan diberikan kepada pengguna.

Bagi yang belum tahu, Ultraman Tiga pertama kali ditayangkan di Jepun adalah pada 1996 iaitu 25 tahun lalu.

OnePlus 9R Ultraman Tiga

Untuk spesifikasi, peranti ini dijangka akan dilengkapi cip pemproses Snapdragon 870, panel 120Hz serta memori LPDDR4X dan storan berasaskan UFS 3.1.

Dari segi kamera, empat lensa ditempatkan di bahagian belakang dengan 48MP utama, 16MP ultra lebar, 5MP makro dan 2MP monokrom serta 16MP kamera swafoto.

Untuk pasaran China, OnePlus sudah pun mengesahkan siri OnePlus 9 di negara itu akan menjalankan sistem operasi ColorOS.

Sumber: OnePlus via ITHome

Boleh dapatkan produk OnePlus yang lain melalui:
Lazada (https://invol.co/cl301m6)
Shopee (https://invol.co/cl301lz)