Bagi memudahkan lagi orang ramai, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan inisiatif tele-perubatan yang membolehkan ujian RTK-Ag kendiri dibuat secara maya.
Bermakna, ujian RTK-Ag kendiri yang dijalankan oleh individu itu akan diselia oleh pengamal perubatan secara maya.
Perkhidmatan ini merupakan alternatif yang tidak memerlukan individu itu hadir secara fizikal ke pusat-pusat kesihatan.
Jadi individu boleh mendapatkan keputusan ujian RTK-Ag kendiri yang disahkan oleh pengamal perubatan dengan lebih cepat tanpa perlu pergi ke pusat kesihatan.
Sekaligus dapat mengurangkan risiko jangkitan kepada orang lain.
Untuk kemudahan ini, individu perlu mematuhi perkara-perkara berikut:
- Seliaan mestilah dibuat oleh pengamal perubatan berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) sahaja.
- Perkhidmatan maya dibuat secara langsung (live) bagi mengelakkan penipuan dalam keputusan ujian sekiranya rakaman video dibenarkan.
- Laporan keputusan ujian itu mestilah menggunakan platform e-COVID.
Kemudah ini diharap dapat memudahkan lagi rakyat Malaysia dan pengembara melakukan ujian COVID-19 dengan keputusan yang ditentusahkan oleh pengamal perubatan.
Sumber: KKM
Baca juga: