Beberapa minggu yang lepas, kami ada melaporkan mengenai ujian beta bagi permainan video PUBG Lite yang mula tersedia bagi pemain tempatan.
Terbaru, permainan tersebut kini sudah dimuat-turun oleh pemain di Malaysia. Sebagai peringatan semula, berikut adalah spesifikasi minimum untuk memainkan permainan ini:
- Sistem Operasi: Windows 7/ 8/ 10, 64-bit
- CPU: Core i3 2.4GHz
- RAM: 4GB
- GPU: Intel HD Graphics 4000
- HDD: 4GB
Bagi anda yang berminat untuk mencuba permainan ini, anda perlu mendaftar akaun melalui pautan ini terlebih dahulu, atau perlu memiliki akaun Garena.
Selepas mendaftar, anda boleh memuat-turun PUBG Lite secara terus melalui laman sesawang rasmi mereka atau melalui platform Garena. Selamat memuat-turun!
*Ketika artikel ini ditulis, pengguna Malaysia hanya boleh memuat-turun dan memasang PUBG Lite tetapi masih belum boleh dimainkan lagi kerana server masih belum diaktifkan.
Sumber: PUBG Lite