Syarikat permainan gergasi dari Perancis, Ubisoft hari ini telah mengadakan tawaran mingguan bagi permainan mereka iaitu Rainbow Six: Siege.

Sebanyak 60% diskaun yang ditawarkan bagi permainan ini menjadikan harga versi standard hanya RM26, versi Deluxe berharga RM31.35 sementara versi termasuk DLC berharga RM55.30.

Terdapat tawaran lain bagi permainan ini iaitu DLC dimana anda boleh mendapatkan skin senjata permainan serendah RM4.50.

Buat anda yang tidak mengetahui, permainan ini telah dilancarkan sejak tahun 2015 lagi dan merupakan salah satu judul Esukan yang masih bertahan sehingga kini.

Sekiranya berminat, anda boleh layari laman Ubisoft atau boleh beli secara terus melalui uplay.

Boleh beli permainan melalui pautan berikut:
https://invol.co/cl20ff3