Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ubah Segera 2 Tetapan iOS 16 Ini Untuk Panjangkan Hayat Harian Bateri iPhone Anda

Posted on Oktober 27, 2022Oktober 27, 2022

Dalam versi iOS 16, Apple perkenalkan pelbagai ciri baru kepada pengguna iPhone. Walaubagaimanapun, ada antara ciri baru itu menyebabkan bateri telefon pintar anda itu menjadi lebih cepat habis.

Jadi, anda boleh ubah 2 tetapan baru dalam iOS 16 pada iPhone tersebut bagi memanjangkan lagi hayat harian untuk iPhone anda beroperasi lebih lama.

{suggest}

1. Buang Widget

Salah satu ciri baru dalam iOS 16 adalah pengenalan ciri Widget pada skrin iPhone.

Namun begitu, ciri yang memaparkan pelbagai maklumat ini terus dari wallpaper skrin iPhone akan memakan kuasa bateri iPhone dengan lebih cepat.

Khususnya widget yang memerlukan sambungan internet kerana sentiasa menerima info terkini pada masa sebenar.

Jadi, anda boleh saja membuang widget yang ada pada wallpaper tersebut atau pilih menggunakan wallpaper yang tiada widget padanya.

2. Mematikan haptic

Satu lagi ciri baharu yang diperkenalkan dalam iOS 16 adalah ciri tindak balas papan kekunci yang dikenali sebagai haptic.

Walaubagaimanapun, dalam laman sokongan Apple baru-baru ini yang dikemas kini memaklumkan bahawa apabila ciri haptic pada papan kekunci iPhone diaktifkan, ia mungkin akan memberi kesan ke atas ketahanan bateri iPhone.

“Turning on keyboard haptics might affect the battery life of your iPhone.” Apple

Ini tidak mengejutkan kerana ciri haptic tersebut akan menghasilkan getaran apabila setiap kali anda menaip.

Jadi untuk mematikan ciri ini, anda boleh mengakses tetapannya menerusi Settings > Sounds & Haptics > Keyboard Feedback.

Semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress