Bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan Malaysia, U Mobile hari ini tampil mengumumkan tawaran baru untuk pengguna tempatan.

Seiring dengan inisiatif kerajaan melalui Pakej Peranti RM1 Malaysia Prihatin, pengendali rangkaian tersebut menawarkan peranti dengan sokongan 4G VoLTE pada harga RM0.99.

Bagi yang berminat dengan tawaran dari U Mobile ini, peranti ini boleh dibeli melalui langganan pelan Unlimited HERO P79, P99, P139 atau Giler Unlimited GX68.

Ia terbuka kepada semua pelanggan baru mahupun pelanggan sedia ada U Mobile. Bagi anda yang tertanya-tanya apa itu VoLTE, bolehlah tonton video dibawah.

Sumber: Siaran Akhbar U Mobile

Baca juga: