U Mobile hari ini mengumumkan perkongsian 50GB data hotspot dengan hanya RM1 secara bulanan kepada pengguna Unlimited Hero P139. Perkongsian data itu boleh dilakukan dengan mendaftarkan sehingga tiga talian pascabayar melalui Share 20.
Melalui promosi ini, ia hanya ditawarkan kepada pengaktifan baru. Setiap pengguna P139 yang mengaktifkan talian pascabayar Share 20 hanya perlu membayar akses bulanan RM1/talian bagi tempoh 12 bulan.
Selain perkongsian data, setiap talian akan turut menerima 30 minit panggilan percuma ke rangkaian yang sama untuk setiap hari.
Pendaftaran promosi ini boleh dilakukan melalui Pusat Perkhidmatan U Mobile atau kedai pengedar yang sah. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.u.com.my/.