Selain Digi dan Celcom, U Mobile juga turut memperkenalkan Pakej Data Khas SPM/SPTM 2021 untuk pelajar yang mengambil peperiksaan berkenaan.
Sama seperti rangkaian-rangkaian sebelum ini, U Mobile turut menawarkan data 15GB pada harga langganan RM20 sebulan.
Langganan boleh dibuat bermula 6 Januari sehingga 30 April 2021 dan hanya untuk pengguna yang dilahirkan 2001 hingga 2004.
Untuk melanggan, pengguna boleh mendapatkannya melalui aplikasi MyUMobile ataupun mendail *118*3*13#.
Selain itu, U Mobile turut menawarkan tambahan data selama 10GB selama 14 hari sebanyak RM5 jika data permulaan yang diberikan tidak mencukupi.
Sumber: U Mobile