Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
U Mobile

U Mobile Mula Tawar Pakej Perpaduan Prabayar Hujung Februari

Posted on Februari 4, 2023Februari 4, 2023

Kementerian Komunikasi dan Digital telah mengumumkan Pakej Perpaduan RM30 sebulan untuk golongan OKU, veteran tentera dan polis, warga emas, B40 dan belia bawah 30 tahun.

Namun, tiada telco mengeluarkan promosi tentang pakej itu semenjak itu.

U Mobile hari ini memberitahu pada kami bahawa mereka akan mula menawarkan Pakej Perpaduan Prabayar bermula 28 Februari 2023.

Maklumat lanjut berkenaan pakej ini akan dikongsikan kemudian, tambah syarikat itu.

Telco2 bakal umum Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih utk B40, 12-30 tahun, wargamas, OKU, veteran

3 Mbps, RM5 sebulan@Celcom @digitelco @Maxis @umobile @YTLComms_MY @MCMC_RASMI

— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) January 20, 2023

Fahmi Fadzil berkata tawaran tambahan dalam pakej itu adalah mengikut syarikat telekomunikasi masing-masing.

Dalam kenyataan sama, U Mobile turut menzahirkan sokongan terhadap inisiatif kerajaan iaitu Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap.

Saya telah umumkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap bagi B40, veteran, OKU & warga emas.

Pakej Perpaduan menyediakan khidmat internet 30 Mbps, tanpa sebarang had data, dengan harga RM69 sebulan.

Kita teruskan usaha untuk memberi yang terbaik demi rakyat!#MalaysiaMadani pic.twitter.com/XGN1urHseV

— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) February 2, 2023

Selepas Menteri Komunikasi dan Digital memperkenal Pakej Perpaduan Prabayar RM30/bulan tempoh hari, ramai pengguna menyatakan ketidakpuasan hati memandangkan tawaran diberikan amat terhad.

Bahkan, ada pakej prabayar sedia ada mempunyai tawaran yang lebih baik dari segi kelajuan maksimum dan harga.

{suggest}

U Mobile dulu pernah menawarkan pakej internet tanpa had Giler Unlimited (GX) serendah RM38 namun kini sudah digantikan dengan U25 dan U35 yang tidak menawarkan internet tanpa had.

Sumber: Siaran Akhbar U Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress