Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

U Mobile Lancar Pakej Perpaduan: RM30, 30GB, 3Mbps

Posted on Februari 28, 2023Februari 28, 2023

Pada hari ini, kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Digital telah melancarkan Pakej Perpaduan Internet Mudah Alih.

[KENYATAAN MEDIA]

𝐏𝐀𝐊𝐄𝐉 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑𝐍𝐄𝐓 𝐌𝐔𝐃𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐈𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔 𝐆𝐎𝐋𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐒𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐇𝐀𝐒𝐑𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐂𝐀𝐏𝐀𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇 pic.twitter.com/gN255iSBwy

— Kementerian Komunikasi dan Digital (@kkd_gov) February 28, 2023

Pakej prabayar ini adalah khusus untuk membantu golongan belia, B40, orang kelainan upaya (OKU), warga emas dan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Seiring dengan pelancaran ini, U Mobile turut memperkenalkan pakej perpaduan prabayar daripada mereka.

Pakej Perpaduan Prabayar U Mobile

Melalui pakej ini, pengguna boleh menikmati data internet sebanyak 30 GB pada kelajuan maksimum 3 Mbps dan sah untuk 180 hari lamanya.

Pakej Perpaduan U Mobile

Menariknya lagi, kuota data itu` boleh digunakan untuk semua aplikasi dan juga sebagai data hotspot.

Data tersebut juga boleh ditambahkan sekiranya pengguna mahu melanggan semula Pakej Perpaduan ini.

Cara Melanggan

Anda boleh melanggan Pakej Perpaduan U Mobile bermula hari ini melalui cara-cara berikut:

  1. Buka Aplikasi MyUMobile
  2. Klik Pada “Add Ons” Dan Pergi Ke “Others”
  3. Dan Akhirnya, Langgan Pakej Perpaduan

Sumber: Siaran Akhbar U Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress