Baru-baru ini, U Mobile Group dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) melancarkan kad prabayar Visa GoPayZ-MAIPk baru yang mesra muslim.

Melalui ini, pelanggan yang bergama Islam di perak dapat berbelanja di semua premis yang mempunyai terminal kad VISA di dalam dan luar negara.

Terdapat banyak kelebihan bagi pelanggan yang memiliki kad prabayar ini iaitu:

  • Kad Ta’awun beroperasi sebagai kad debit dapat membayar zakat, wakaf tunai dan derma menerusi laman web, aplikasi GoPayz, terminal pembayaran MAIPk dan kios MAIPk
  • Aplikasi GoPayz dilengkapi kalkulator untuk memudahkan pengiraan zakat
  • Pelanggan dapat mata ganjaran daripada transaksi zakat, wakaf tunai dan derma
  • Mata ganjaran juga boleh diwakafkan terus kepada MAIPk
  • Transaksi yang bertentangan dengan Islam seperti perjudian dan minuman keras akan disekat

Tambahan lagi, pelanggan juga boleh mengeluarkan wang tunai di ATM tempatan mahupun antarabangsa.

Selain itu, pelanggan dapat memeriksa baki wang tunai kerana ia hadir dengan penyata transaksi secara real-time.

Akaun bank juga tidak digunakan kerana pelanggan hanya perlu menggunakan aplikasi GoPayz secara terus.

Di samping itu, bermula sekarang hingga 4 Januari 2021, pelanggan yang membayar zakat kepada MAIPk melalui kad ini berpeluang memenangi e-baucar Petronas bernilai RM100.