U Mobile hari ini mengumumkan kerjasama dengan Allo Technology dan melaluinya, pelan jalur lebar gentian dapat disediakan kepada pengguna di Malaysia.

Buat masa sekarang, pelan Ultra Unlimited Home Fibre Broadband dari U Mobile ini hanya terhad di kawasan perumahan terpilih di Melaka, Cyberjaya, Perak dan Kedah sahaja. Ia akan diperluaskan pada masa hadapan tidak lama lagi.

Terdapat tiga pelan kelajuan yang ditawarkan, iaitu 100Mbps dengan harga RM129 sebulan, 500Mbps (RM199) dan 1Gbps (RM299). Ia adalah termasuk modem dan pemasangan di bawah kontrak selama dua tahun.

Bersempena kehadirannya, pelanggan U Mobile sedia ada atau baharu yang melanggan pelan pascabayar Giler Unlimited GX68, Unlimited Hero P79, P99 atau P139 bakal menerima diskaun sebanyak 50% dalam tempoh 24 bulan.

Tambahan lagi, pelanggan yang mendaftar pelan internet fiber ini sebelum 16 Disember 2021 dan melengkapi kerja-kerja pemasangan gentian di rumah mereka pada atau sebelum 15 Januari 2022 turut menikmati langganan bulan pertama percuma.

Tekan pautan INI untuk maklumat lanjut atau mendaftar.

Sumber: Siaran Akhbar U Mobile

Baca juga: