Mungkin anda pernah menerima DM di Twitter yang membuatkan anda ingin memberikan reaksi suka, ketawa, sedih atau hanya ingin memberi reaksi seperti anda memberinya Facebook.
Kini, platform sosial media Twitter telah melancarkan fungsi baru di mana anda boleh memberi reaksi emoji di DM, yang kelihatan hampir sama dengan Facebook namun ada sedikit perbezaan. Ia juga tersedia bagi versi web, Android, dan iOS.
Bagi versi web, anda dengan mudah dapat memberikan reaksi pada DM dengan klik atau tap pada ikon heart-plus yang muncul di sebelah mesej. Bagi versi Android dan iOS, anda boleh menggunakan cara yang sama seperti versi web atau tap dua kali untuk menggunakan emoji tersebut.
Anda boleh memberikan reaksi emoji ini kepada mana-mana jenis DM sama ada dalam bentuk teks atau lampiran media. Selain itu, setiap kali menerima reaksi, anda akan diberitahu melalui notifikasi Twitter.
Jika anda menggunakan Twitter versi lama pada Android atau iOS yang tidak menyokong ciri pemesejan baharu ini, anda masih akan mendapatnya tetapi ia akan dipaparkan sebagai mesej berasaskan teks.
Say more with new emoji reactions for Direct Messages!
To add a reaction, click the ❤️➕ icon that appears when you hover over the message on web or double tap the message on mobile and select an emoji from the pop-up.
For more about DM reactions: https://t.co/sdMumGDBYl https://t.co/QxMVmGt8eY
— Twitter Support (@TwitterSupport) January 22, 2020
Sumber: Engadget