Sejak beberapa bulan lalu, Twitter telah mula memperkenalkan ciri seumpama Clubhouse yang disebut sebagai Spaces, untuk peranti iOS dan Android. Bagi anda yang belum tahu, Clubhouse merupakan aplikasi media sosial yang memfokuskan kepada komunikasi berasaskan suara atau audio.

Terbaru, penyelidik aplikasi Jane Manchun Wong telah membuat ciapan mengenai pembangunan Spaces versi web. Laporan The Verge kemudiannya menyatakan Twitter telah mengesahkan mengenai pembangunan Spaces versi web.

Terdahulu, pembangun Twitter Spaces, Noah turut berkongsi bagaimana rekaan Spaces versi web akan dipaparkan kelak.

Dengan memperluaskan ciri ini kepada lebih banyak versi, ia mungkin akan menjadi pesaing kepada Clubhouse, di mana sehingga kini aplikasi tersebut hanya tersedia untuk peranti iOS.

Sumber: The Verge