Sejak bermulanya Covid-19 awal tahun ini, kita boleh melihat platform panggilan video semakin aktif digunakan bagi memudahkan komunikasi. Perkhabaran terbaru, Twitter mungkin merancang untuk kearah pengenalan ciri panggilan video.

Ini adalah lanjutan daripada pengumuman pengambil alihan Squad oleh Twitter. Squad merupakan sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran dalam perbualan video serta perkongsian paparan.

Melalui pemberitahuan oleh pengasas bersama Squad, Esther Crawford, beliau menyatakan kakitangan syarikat tersebut akan menyertai Twitter. Crawford menambah, ia secara khususnya membawa kepakaran audio dan video oleh Squad untuk membangunkan format baru perbualan yang lebih menyeronokkan, bermakna serta menarik.

Buat masa sekarang masih belum jelas tentang pengambilalihan tersebut dimana berkemungkinan kita akan melihat panggilan video pada Twitter pada masa hadapan.

Sumber: EstherCrawford.Medium