Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menzahirkan penghargaan terhadap penyelia platfom media sosial Twitter kerana telah memberikan kerjasama dengan mengambil tindakan terhadap akaun BermanaTV (@Bermanadotcon).

Pihak Twitter telah menggantung akaun tersebut yang didapati telah melanggar Piawaian Komuniti yang ditetapkan oleh platfom tersebut selepas aduan dibuat oleh pengguna.

Kandungan yang dipaparkan di dalam akaun itu sebelum ini sering mengelirukan masyarakat dengan berselindung disebalik nama parodi yang seolah-olah dikaitkan dengan sebuah agensi berita nasional.

Walaubagaimanapun, SKMM menasihati orang ramai supaya terus berhati-hati dan peka terhadap kewijudan akaun-akaun media sosial palsu yang sengaja diwujudkan dengan berniat jahat untuk menipu, menimbulkan syak wasangka seterusnya memecahbelahkan masyarakat.

Ini kerana akaun-akaun palsu seperti ini mungkin akan wujud kembali. Oleh itu orang ramai perlulah sentiasa berwaspada, tidak mudah terpengaruh dan pastikan sesuatu info itu benar baru kongsi.

Sumber: SKMM