Twitter telah mengumumkan penambahan sokongan strim secara langsung di aplikasi mereka awal pagi ini. Pengguna kini dapat mengirim video secara ‘live’, yang menggunakan teknologi dari Periscope. Kesemua pengikut yang menyaksikan video secara langsung anda boleh memberi komen dan diberi juga pilihan butang ‘love’ seperti fungsi ‘live; di Facebook. Sebelum ini pengguna perlu menggunakan aplikasi Periscope jika mahu merakam video secara langsung.
Apa pendapat anda. Mengikut apa yang kami dengar, kebanyakkan pengguna berkata Twitter sedang cuba melakukan banyak benda sehingga merumitkan kepenggunaan aplikasi itu sendiri. Kita sendiri tahu bahawa Twitter ini adalah sebuah aplikasi yang mudah ,ringan, cepat dan ringkas. Oleh kerana itulah Twitter sangat digemari. Sebelum ini, Twitter telah membuang servis fungsi video ‘looping’ dari Vine. Apa pendapat anda? Adakah Twitter patut mengetengahkan fungsi video secara langsung?