Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Twitter Melancarkan Sebuah Pelan Baharu Khusus Untuk Perniagaan

Posted on Disember 21, 2022

Kalau sebelum ini Twitter Blue terbuka untuk semua jenis pengguna, kini mereka telah mula fokus kepada pengguna-pengguna perniagaan pula.

Twitter Blue for Business merupakan sebuah pelan di mana pengguna perniagaan serta ahli mereka boleh mengesahkan identiti mereka di Twitter. Dengan cara ini, pengguna boleh dikenali dan tidak mempunyai lencana yang sama seperti pelanggan biasa.

Today, we’re rolling out Twitter Blue for Business, a new program that lets businesses distinguish their brands and key employees on Twitter. These accounts will show a square company badge next to their display names. pic.twitter.com/d6sNPqFNnY

— Twitter Business (@TwitterBusiness) December 19, 2022

Untuk pelanggan pelan ini, mereka boleh pautkan sebarang nombor ahli perniagaan secara individu, perniagaan mahupun jenama di akaun mereka.

Akaun ahli tersebut kemudiannya akan menerima lencana kecil yang memaparkan gambar profil ketua perniagaan mereka.

Tujuan Twitter Blue for Business adalah untuk membenarkan perniagaan menghasilkan rangkaian dalam sebuah organisasi yang lebih tersusun di Twitter.

{suggest}

Tiada maklumat lanjut berkenaan harga, kriteria atau proses untuk pelan tersebut namun Twitter akan memaklumkannya sebaik sahaja dikemas kini semula.

Pengguna dijangka boeh mula mengakses ciri ini bermula tahun 2023 untuk mula mengembangkan rangkaian perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Sumber: Twitter

Gambar Utama: Twitter

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress