Twitter kini dilaporkan sedang menguji ciri baharu yang dikenali sebagai Edge to Edge yang akan memanfaatkan sepenuhnya ruang dalam garis masa platfom tersebut.

Ciri baharu ini sedang diuji Twitter di peranti iOS buat masa ini.

Jadi selepas ini, pengguna Twitter tidak perlu lagi tap dua kali pada foto, GIF dan video yang mucul dalam garis masa mereka untuk memenuhkan paparan media tersebut.

Perubahan ini mungkin pilihan terbaik kepada Twitter memandangkan platfom media lain sudah lama berbuat sedemikian.

Sumber: PCMag