Beberapa minggu yang lalu, Twitter mengumumkan bahawa mereka merancang untuk mengembalikan program pengesahan pada tahun 2021.

Kini, syarikat tersebut telah berkongsi perincian yang baik dan bagaimana maklum balas pengguna membentuk program pengesahan Twitter yang baru.

Sistem baharu ini akan berkuatkuasa bermula 20 Januari 2021 dan akaun yang inginkan pengesahan perlu mempunyai emel yang sah atau nombor telefon, nama paparan dan gambar profail.

Selain itu, akaun yang mempunyai pengesahan sebelum ini tetapi sudah tidak aktif secara automatik akan kehilangan pengesahan dari Twitter.

Namun, jika akaun tersebut berisiko untuk kehilangan lencana pengesahan, Twitter akan menghantar emel dahulu kepada pemilik akaun untuk membuat perubahan bagi mengekalkan lencana pengesahan.

Terdapat enam kategori akaun yang layak untuk meminta pengesahan iaitu badan kerajaan, jenama, berita, hiburan, sukan dan individu yang berpengaruh.

Sekiranya mana-mana badan atau individu berminat untuk memilikinya, permohonan boleh dilakukan menerusi tetapan akaun Twitter bermula Januari 2021.

Maklumat berkaitan permohonan pengesahan akaun ini akan dikongsi lebih terperinci oleh Twitter kelak.

Tambahan lagi, Twitter juga akan menambah label pada akaun bot dan juga memorialized accounts (akaun bagi individu yang sudah tiada) pada masa hadapan.

Sumber: twitter via