Pada Oktober yang lalu, kebanyakan pengguna di Twitter tidak berpuas hati kerana fungsi ciapan semula atau retweet tidak seperti biasa dimana ‘Quote Tweet’ akan terpapar jika mahu melakukan ciapan semula.

Namun, kini Twitter telah kembalikan fungsi ciapan semula seperti dahulu buat semua penggunanya. Ini kerana, fungsi ‘Quote Tweet’ yang dilakukan ketika pilihan raya AS lalu tidak seperti yang diharapkan mereka.

Penggunaan ‘Quote Tweet’ telah meningkat tetapi sebanyak 45% merangkumi satu perkataan dan 70% dengan kurang dari 25 aksara. Twitter juga menyaksikan penurunan sebanyak 20% dalam ciapan semula.

Walau bagaimanapun, dengan kembalinya semula fungsi ini, Twitter berharap agar pengguna akan terus berhati-hati sebelum menyebarkan maklumat yang tidak sahih.

Sumber: Twitter