Twitter kini mengumumkan penambahan pelekat pada Fleets, yang berfungsi seumpama Instagram Stories. Pelekat ini sudah tersedia untuk kedua-dua peranti Android dan iOS.
Caranya mudah, hanya perlu tekan pada ikon “smiley face’ di bahagian bawah untuk menambah pelekat. Apabila ikon tersebut ditekan, anda akan melihat pelbagai pelekat animasi dan Twemoji. Juga, pengguna boleh mengakses sejumlah GIF dari Tenor dan Giphy.
Your Fleets just got an upgrade.
Now you can express yourself in the conversation with stickers. Add GIFs and Twemojis to a Fleet by tapping the 🙂 icon, on Android and iOS. pic.twitter.com/Ihh9ZZh70a
— Twitter Support (@TwitterSupport) March 31, 2021
Dengan penambahan pelekat pada Fleets, dijangka lebih banyak ciri baharu akan diperkenalkan pada masa akan datang.