Twitter hari ini mengumumkan sedang mencuba fungsi baru yang bertujuan untuk “menggalakkan perbincangan bermaklumat”. Dengan fungsi ini, pengguna perlu membaca terlebih dahulu sebelum membuat ciapan semula.
Syarikat itu menyatakan ujian ini sebagai langkah untuk membantu setiap orang lebih menyedari setiap perkara yang dikongsi dalam usaha untuk menjadikan perbincangan yang lebih sihat dalam platform tersebut.
Sharing an article can spark conversation, so you may want to read it before you Tweet it.
To help promote informed discussion, we're testing a new prompt on Android –– when you Retweet an article that you haven't opened on Twitter, we may ask if you'd like to open it first.
— Twitter Support (@TwitterSupport) June 10, 2020
Masih dalam peringkat ujian, fungsi ini tidak akan membuka artikel yang dikongsi secara automatik sebelum ia diciap semula. Bagaimanapun, ia akan mencadangkan pengguna untuk membuka artikel atau pautan tersebut terlebih dahulu sebelum ciapan semula dilakukan.
Buat masa ini, fungsi ini hnya akan tersedia kepada beberapa pengguna Android yang dipilih secara rawak. Terdahulu, Twitter telah melancarkan ujian yang membolehkan pengguna memilih siapa yang dapat membalas ciapan mereka di Android, iOS, dan versi web.
Sumber: TechCrunch