Platform media sosial popular, Twitter hari ini secara rasminya menawarkan versi langganan kepada penggunanya, iaitu Twitter Blue. Tidak perlu risau kerana jika anda tidak melanggan pun, ia tidak menjejaskan apa-apa.

Secara teorinya, mahu benda lebih, haruslah membayar lebih. Itu adalah situasi yang boleh digambarkan dengan Twitter Blue. Buat masa sekarang, ia mula ditawarkan buat pengguna di Australia dan Kanada terlebih dahulu.

Jadi, ini adalah beberapa kelebihan dan fungsi yang diberikan bagi mereka yang melanggannya setiap bulan

Baca juga –¬†Twitter Mahu Ikut Facebook, Ada Butang “Reactions”

Bookmark Folders

Bookmark telah lama wujud dalam Twitter. Namun, dengan Bookmark Folders, pengguna boleh menyusun sebarang twit yang berkaitan dan menguruskannya agar lebih mudah untuk dicari kembali.

Undo Tweet

“Typo” memang tidak boleh lari dalam kehidupan manusia. Dengan ini, pengguna boleh klik butang “undo” sebelum twit atau membuat bebenang.

Pun begitu, kenapa mereka tidak memberikan fungsi menyunting (edit) twit? Bukankah ia lebih praktikal seperti yang ada di Facebook atau Instagram.

Reader Mode

Ini agak penting bagi Twitter kerana ramai pengguna gemar membaca bebenang (thread) sehingga perlu membalas twit “unroll thread”. Oleh itu, dengan adanya mod ini menjadikan pembacaan lebih selesa.

Selain itu, pengguna yang melanggan Twitter Blue turut mendapat akses warna tema lebih banyak, menukar ikon aplikasi di telefon pintar dan sokongan khidmat pelanggan.

Di Australia, langganan bulanan adalah bernilai AUD4.49 (~RM14.20) tetapi apabila disemak melalui App Store, ia terpapar dengan harga RM12.90.

Adakah anda sebagai pengguna tegar Twitter mahu melanggannya bila ia tiba di Malaysia?

Bermakna, semakin hari semakin banyak pula yang perlu dibayar memandangkan tempoh hari Google Photo tiada lagi storan tanpa had.

Baca juga – Perbandingan Harga Storan Awan – Apple, Google, Micorsoft, Mana Paling Berbaloi

Sumber: Twitter