Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Twitter Baik Pulih Pepijat Yang Menjejaskan Tetapan Semula Kata Laluan

Posted on September 22, 2022

Twitter baru-baru ini telah mengesan pepijat yang membenarkan sebilangan akaun kekal log masuk daripada semua peranti selepas tetapan semula kata laluan.

Ini bermakna, jika pengguna menukar kata laluan pada satu peranti, dan masih mempunyai sesi (log masuk) yang aktif pada peranti lain, peranti tersebut mungkin tidak dilog keluar, yang tidak sepatutnya berlaku. Akan tetapi, Twitter menyatakan sesi web tidak terjejas dan ditutup dengan sewajarnya.

{suggest}

Twitter juga memaklumkan pihaknya kini telah membaik pulih pepijat tersebut. Sebagai tambahan, pengguna yang terjejas telah dimaklumkan secara langsung, sesi yang masih aktif juga sudah dilog keluar dan pengguna perlu log masuk semula untuk terus menggunakan aplikasi itu.

We fixed a bug that didn't close all active logged in sessions on Android and iOS after an account's password was reset. To keep your account safe, we logged some of you out. You can log back in to keep using Twitter.

For more details on what happened: https://t.co/OmjLKOe5bs

— Twitter Support (@TwitterSupport) September 21, 2022

Dinyatakan, ia merupakan langkah yang penting bagi memastikan akaun pengguna selamat dan terjamin daripada kemungkinan akses yang tidak diingini. Sebagai saranan, Twitter juga menggalakkan semua pengguna untuk menyemak sesi yang masih aktif dan kawalan yang tersedia dalam tetapan.

Sumber: Twitter

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress