Aplikasi Periscope merupakan sebuah aplikasi penstriman video secara langsung untuk Android dan iOS yang dilancarkan pada tahun 2015 serta dimiliki oleh Twitter.

Terbaru, Twitter mengumumkan bahawa mereka akan menamatkan aplikasi Periscope ini pada bulan Mac tahun 2021.

Sumber: Tech Advisor

Ini bermakna, pengguna tidak lagi boleh melakukan penstriman video langsung menerusi aplikasi ini. Namun, pengguna masih boleh melakukannya secara terus dari aplikasi Twitter.

Dalam tempoh ini juga, Twitter telah menyekat mana-mana individu yang membuat pendaftaran akaun pada aplikasi Periscope melalui kemaskini terbaru hari ini.

Pengguna juga dinasihatkan untuk memuat turun arkib video dan data dari Periscope sebelum ia ditutup pada tahun hadapan.

Tambahan lagi, laman sesawang Periscope masih aktif walaupun ia akan ditamatkan tetapi hanya dalam bentuk “bacaan arkib untuk siaran awam”.

Menurut Twitter, mereka akan membawa hampir kesemua ciri-ciri Periscope pada Twitter Live. Dengan menamatkan Periscope, Twitter dapat memberikan fokus dalam menawarkan Twitter Live lebih baik pada masa hadapan.

Sumber: Periscope