Beberapa hari sahaja lagi sebelum kita menyambut Hari Kebangsaan negara yang ke-64 dan Hari Malaysia. Oleh itu, bersempena dengannya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bekerjasama dengan pihak Twitter dalam membangunkan sebuah emoji khas.

Ia juga adalah sebahagian inisiatif Malaysia Prihatin bersempena dengan sambutan tersebut. Melaluinya, emoji itu dipadankan dengan tanda pagar (hashtag) seperti #MalaysiaPrihatin, #MalaysiaMerdeka, #MenangBersama dan #HariMalaysia.

Pengguna hanya perlu memasukkan tanda pagar berkenaan dan emoji tersebut akan dipapar secara automatik. Namun, ia boleh mula digunakan pada 31 Ogos sehingga 16 September 2021.

Jadi, bagi pengguna Twitter, ini adalah masa untuk anda menzahirkan perasaan dan semangat cinta kepada negara.

Sumber: MCMC

Baca juga: