Twitch kini dilaporkan telah menyekat penggunaan perkataan seperti “simp”, “incel”, dan “virgin” sebagai usaha untuk membendung kegiatan dan aktiviti gangguan yang terjadi dalam platform itu.
Sekatan tersebut dikenakan kepada kesemua pengguna termasuk juga streamer di ruang sembang.
Twitch now says that you can no longer call others 'simp', 'incel', and 'virgin' as they are now against TOS, along with any emotes relating to the term simp
Twitch baby, what is you doing?
— Rod Breslau (@Slasher) December 16, 2020
Melalui kenyataan dari Twitch, penggunaan perkataan yang dinyatakan merupakan penghinaan kepada sesuatu individu yang tidak dibenarkan di bawah polisi baharu ini.
Bukan sahaja perkataan, jika ada emote yang memberikan gambaran perkataan yang sama, ia juga akan turut disekat.
Sumber: Slasher