Samsung terkenal dengan paparan skrin resolusi tinggi dan reka bentuk menarik selama bertahun-tahun. Selepas pelancaran barisan TV baharu di Korea Disember tahun lalu, kini ia bakal dibawa masuk mewarnai pasaran TV Malaysia pula.

Antara yang menarik dalam barisan 2021 ini adalah TV Micro LED pada harga setengah juta.

TV MICRO LED 

Apa yang membuatkan TV ini memakan harga sehingga melebihi setengah juta?

TV Micro LED ini hadir dengan paparan sebesar 110 inci (RM 599,999) dan 99 inci (RM 519,999). Untuk TV 110 inci, ia mempunyai resolusi Ultra-HD dengan skrin HDR Micro LED manakala yang 99 inci dengan resolusi 8K.

Dengan saiz paparan 110-inci, ia juga ditambah ciri “4Vue” atau pilihan tontonan empat hala. Pilihan ini membolehkan pengguna menonton pelbagai sukan atau bermain dan strim permainan video pada waktu yang sama.

Teknologi Micro LED skrin Infinity membolehkan ia sebati dengan sempurna di ruang tamu. Ia juga mampu memberi pengalaman mengasyikkan seakan-akan menonton di panggung wayang.

Samsung Neo QLED 8K TV

Ciptaan Neo QLED kini menggunakan sumber cahaya lapisan mikro untuk pencahayaan lebih tepat serta pengalaman menonton lebih cemerlang. Dengan pemproses Neo Quantum yang lebih berkuasa, gambar yang dihasilkan juga mempunyai ciri ultra-realistik.

Super Ultrawide Gameview + Game Bar

Disamping itu, Samsung Neo QLED dan QLEDs 2021 dicipta untuk memberi prestasi serta kualiti gambar yang terbaik kepada konsol permainan generasi baharu.

Keupayaan bermain dalam 4K pada 120Hz , auto low latency mode, variable refresh rate, dan ciri lain permainan, sekaligus memaksimumkan prestasi permainan.

Untuk yang berminat, TV ini bermula pada saiz 55 inci (RM 9,999) hingga 85 inci (RM49,999).

Walaubagaimanapun, tarikh pelancaran untuk barisan TV Samsung 2021 di Malaysia masih belum diberitahu. Sebarang maklumat boleh layari laman sesawang Samsung

Sumber: Siaran akhbar Samsung

Beli produk Samsung di Shopee:
https://invol.co/cl3hbsx