Beberapa hari lalu telah tular satu video yang memaparkan 2 orang pemain kelab bola sepak Barcelona iaitu Antoine Griezmann dan Dembele mengejek juruteknik Jepun yang berusaha memperbaiki televisyen mereka bagi membolehkan mereka dapat bermain permainan PES.

Walaupun video itu dirakam semasa lawatan Barcelona ke Jepun pada tahun 2019 dahulu dan bukanlah Griezmann yang mengejek juruteknik Jepun tersebut, penaja kepada Griezmann iaitu Konami tetap tidak berpuas hati kerana duta mereka itu dilihat hanya ketawa dan tidak bertindak menghentikan rakan pasukannya itu daripada terus memperlekeh dan mengutuk paras rupa juruteknik Jepun itu.

Berasa tercalar maruah bangsa mereka dihina, Konami telah bertindak balas dengan menamatkan kontrak Griezmann sebagai duta produk mereka serta-merta.

Berikutan insiden itu juga, pihak Konami turut menuntut penjelasan daripada pihak Kelab Bola Sepak Barcelona.

Lebih memburukkan keadaan, kelab bola sepak itu juga berkemungkinan akan kehilangan penaja utama mereka iaitu Rakuten yang berpangkalan di Jepun.

Respon ke atas kontroversi itu, kelab gergasi bola sepak Sepanyol itu telah membuat permohonan maaf kepada rakyat Jepun dan peminatnya di Asia.

Sumber: Axello

Baca juga: OPPO Perkenalkan Model Edisi Terhad Barcelona FC OPPO Reno 10x Zoom