Berdasarkan kicauan di laman Twitter, Samsung Malaysia kini mengadakan tawaran potongan harga bagi Samsung Galaxy S20 sehingga RM 2,310 (tertakluk terma dan syarat) jika anda ‘trade in’ telefon pintar lama anda. Tawaran ini diadakan bermula 3 Mac sehingga 31 Mei 2020.
Unsure what to do with your old device? Trade in today and get up to RM2,310* off for your all-new #GalaxyS20. Enjoy additional high overtrade value for your continuous support and loyalty on our products.
Learn more: https://t.co/lzWWHQhntK
*Terms and Conditions Apply pic.twitter.com/iFmnJVgwlb
— Samsung Malaysia (@SamsungMalaysia) March 4, 2020
Pengguna yang mahu ”trade in” telefon pintar yang lama perlu membawa peranti tersebut ke kedai Samsung yang berhampiran untuk diuji. Pastikan juga anda ”back up” kesemua data yang ada di telefon pintar anda. Sekiranya berjaya, pengguna boleh dapatkan potongan harga untuk mendapatkan Samsung Galaxy S20.
Berikut adalah keperluan untuk memperdagangkan telefon pintar lama dalam promosi ini :
- Peranti mesti mampu untuk ON dan OFF sera IMEI boleh diakses.
- Paparan skrin hendaklah berfungsi.
- Tiada butang yang rosak atau hilang dan kerangka yang retak.
- Peranti mestilah tidak dikunci.
Samsung Galaxy S20 dijana oleh cip pemprosesan Exynos 990 dan mempunyai skrin bersaiz 6.2 inci. Kadar segar bagi peranti ini adalah 120Hz dan bateri yang berkapasiti 4000mAh. Kamera hadapan dilengkapi dengan 12MP bagi kamera utama, 12MP ultra lebar dan 64MP telefoto. Kamera hadapan pula didatangkan dengan 10MP.