Consumer Reports mengeluarkan senarai jenama kereta dipercayai berdasarkan ujian dan data mereka dari tahun 2000. Tinjauan ini disertai oleh jurutera, wartawan, penyelidik dan para saintis.
Data dikumpul adalah daripada lebih 300,000 kenderaan daripada tahun 2000 hinggalah 2022 (juga model baharu untuk 2023).
Beberapa jenama bagaimanapun tidak disenaraikan ialah Alfa Romeo, Chrysler, Dodger, Fiat, Infiniti, Jaguar, Land Rover, Maserati, Mini, Mitsubishi, Polestar, Porsche and Rivian.
Hal ini adalah kerana kekurangan data atau model untuk diuji.
Jenama paling dipercayai
- Toyota
- Lexus
- BMW
- Mazda
- Honda
- Audi
- Subaru
- Acura
- Kia
- Lincoln
- Buick
- Genesis
- Hyundai
- Volvo
- Nissan
- Ram
- Cadillac
- Ford
- Tesla
- Chevrolet
- GMC
- Volkswagen
- Jeep
- Mercedes-Benz
Jenama Korea atau Jepun nampaknya mengambil 7 tempat daripada 10 teratas. Untuk jenama dari Amerika Syarikat pula, Lincoln menjadi yang teratas.
Ford pula naik 14 anak tangga berbanding tahun lalu. Jenama Jerman terkenal, Mercedes-Benz buat pertama kalinya menduduki tempat terakhir.
Mazda pula turun 2 anak tangga daripada tahun sebelumnya.
Sumber: Consumer Reportm, yahoo! Finance