Beberapa jam lalu, Touch ‘n Go mengesahkan perkhidmatan mereka termasuk PayDirect dan RFID mengalami masalah lantas membuatkannya tidak dapat digunakan sementara waktu.
Namun, hantaran mereka tentang makluman masalah itu telah dipadam daripada Facebook.
Terbaru, mereka mengeluarkan notis mengemas kini status berkaitan isu tersebut.
Jelas Touch ‘n Go, kad Touch ‘n Go dan RFID boleh digunakan di lebuh raya, tempat letak kereta dan transit jika baki yang ada mencukupi.
Masalah yang masih dihadapi ialah berkaitan aplikasi eWallet mereka.
Ini bermakna beberapa transaksi yang menggunakan Touch ‘n Go eWallet tidak dapat dijalankan seperti PayDirect dan tambah nilai RFID serta kad NFC tidak dapat dilaksanakan.
Jika anda mahu menambah nilai kad TNG, masih boleh lakukannya melalui kiosk atau kedai secara fizikal, bukan eWaller
Syarikat berkata mereka sedang berusaha menyelesaikan isu ini dan memohon maaf.
KEMAS KINI (9:43PM 17 Jun 2022):
Touch ‘n Go memaklumkan perkhidmatan di aplikasi TNG eWallet kini sudah pulih dan beroperasi seperti biasa.
Baca juga: