Touch ‘n Go eWallet hari ini melancarkan Alipay+ Rewards dalam aplikasi mereka di mana pelbagai tawaran menarik menanti pengguna daripada pelbagai jenama besar. Penawaran ini selari dengan pesta beli-belah 11.11 yang turut diadakan pelbagai platform dalam talian kelak.
Antara jenama besar yang terlibat dalam 11.11 Mega Deals ialah iQiyi, Viu, Google Play, Tealive, Guardian, Starbucks, Family Mart dan Lazada.
Mulai hari ini sehingga 11 November ini, pengguna berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah termasuk baucar tunai Lazada bernilai RM100 dan iPhone 13 dengan menyertai promosi ditawarkan dalam Alipay+ Rewards. Di samping itu, pengguna juga berpeluang memenangi baucar tunai RM3 Lazada pada harga RM0.10.
Sumber: Siaran Akhbar Touch ‘n Go eWallet
Baca juga: