Beberapa hari lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Miri, Sarawak telah memusnahkan sejumlah 1069 unit mesin Bitcoin yang dianggarkan bernilai RM5.3 juta.

Ia adalah hasil operasi bersepadu antara pihak PDRM Miri dan Sarawak Energy Berhad (SEB) yang dijalankan antara bulan Februari hingga April 2021.

Siasatan PDRM dan SEB mendapati, aktiviti perlombongan Bitcoin itu bersumberkan tenaga elektrik yang dicuri daripada bekalan elektrik SEB.

Malah sebelum tangkapan dibuat, aktiviti perlombongan Bitcoin tersebut didakwa telah menyebabkan sebanyak 3 buah rumah terbakar akibat penyambungan elektrik haram yang dibuat.

Pelupusan mesin-mesin tersebut dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Miri dengan menggunakan jentera penggelek jalan.

 

Sumber: Bernama, Dayak Daily

Baca juga: Luno Jawab 5 Mitos Yang Sering Kita Dengar Tentang Bitcoin

Pelabur Cryptocurrency Tidak Boleh Terlepas Untuk Bayar Cukai

Rakyat Malaysia Kini Boleh Beli Bitcoin Cash Dari Luno