Trailer awal filem dari adaptasi judul permainan lumba kereta popular Gran Turismo telah ditayangkan.
Trailer pendek berdurasi 1 minit itu nampak menakjubkan dengan kualiti visual yang menyerupai platform permainannya di PlayStation serta permainan sudut kamera yang menarik.
That’s a wrap on 7 weeks filming around the world on the fastest film ever made. The GranTurismo movie. From +35 degrees to -5 my incredible @Nissan GTR camera car performed faultlessly. We broke new grounds on how to film race cars actually racing. Incredible journey. pic.twitter.com/8K3mtBVcO9
— Mauro Calo (@Thecarmagdriver) December 16, 2022
Filem yang diarahkan oleh pengarah Neill Blomkamp (Chappie, District 9) dibarisi dengan barisan pelakon terkenal seperti David Harbour (Stranger Things) dan Orlando Bloom (Pirates of the Caribbean).
Kisah di dalam filem Gran Turismo ini adalah berkisarkan kepada kisah benar Jann Mardenborough, iaitu seorang remaja yang mahir bermain permainan Gran Turismo di PlayStation dengan memenangi beberapa siri pertandingan Nissan.
{suggest}
Dari situ beliau berhasrat untuk menjadi untuk menjadi seorang pemandu kereta lumba profesional sebenar.
Filem Gran Turismo ini dijadualkan bakal ditayangkan di layar perak pada pertengahan tahun ini.
Sumber: Motor1