Hujung minggu ini ESL Mobile Open akan mengadakan siaran langsung pusingan playoff Wild Rift SEA Icon Series MY.

Perlawanan yang akan berlangsung bermula 4-6 Jun itu akan menampilkan tujuh pasukan yang bertanding untuk membolot hadiah tempat pertama RM20,000 dan kelayakan ke Summer Super Cup.

Menariknya, ESL Malaysia ada menawarkan hadiah fon kepala JBL Quantum yang bernilai RM1,199 kepada penonton aktif dalam siaran langsung tersebut.

Selain itu, anda juga boleh dapatkan diskaun sebanyak 10% untuk produk JBL Quantum di Shopee dengan menggunakan kod diskaun “JBLOESL10”.

Baca juga – Pertandingan PUBG Mobile Ini Tawar Hadiah Terkumpul RM30 Ribu

Tonton siaran langsung perlawanan Wild Rift ini di laman Facebook dan YouTube ESL Malaysia.

Sumber: @BurhanPlays