Liga Perdana Inggeris kini sudahpun dibuka tirainya penghujung minggu lalu, dimana kita telah disajikan aksi lemah gemalai Arsenal menentang pendatang baru, Brentford.

Sekiranya masih lagi tercari-cari platform siaran yang ‘halal’ untuk ditonton, anda boleh mula langgani sooka, platform hiburan tempatan yang menyiarkan secara langsung perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Kesemua perlawanan Liga Perdana Inggeris akan dibawa secara langsung menerusi app sooka, yang boleh diperoleh di kedua-dua versi peralatan Apple iOS dan Android, hanya pada harga RM41.90 sebulan, dengan melanggan pelan VIP+Sports.

Pengguna juga boleh memilih untuk menonton perlawanan pasukan kegemaran masing-masing dengan membeli pas tunggal semurah RM7.90 setiap perlawanan.

Muat turun sooka;
Google Play Store:
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.astro.sott&hl=en&gl=US
Apple App Store:
https://apps.apple.com/my/app/sooka/id1472711509