Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Tonton Filem Pendek Hasil Dari Rakaman Galaxy S23 Ultra Di Bawah Arahan Sir Ridley Scott

Posted on Februari 8, 2023Februari 8, 2023

Samsung telah menerbitkan sebuah filem pendek yang boleh ditonton di saluran YouTube rasmi mereka. Filem bertajuk ‘Behold’ itu difilemkan sepenuhnya dengan menggunakan model telefon pintar terbaru Samsung Galaxy S23 Ultra.

Lebih istimewanya adalah filem pendek itu dihasilkan di bawah arahan pengarah terkenal yang juga pemenang Anugerah Academi iaitu Sir Ridley Scott.

Bercerita pengalaman beliau ketika pembikinan filem pendek itu dengan menggunakan Galaxy S23 Ultra, beliau menyatakan kekagumannya dengan faktor reka bentuk S23 yang kecil tetapi keupayaan kemungkinan peranti itu untuk pembikinan filem.

Galaxy S23 Ultra dijana oleh cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy dengan RAM setinggi 12GB.

Ia dilengkapi dengan skrin 6.8 inci Dynamic AMOLED 120Hz serta kamera utama 200MP, 12MP sudut lebar, 10MP telefoto (10x zum optikal) dan 10MP telefoto (3x zum optikal).

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress